Sunday, December 18, 2011

Kembali lagi...~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..~
SubhanAllah..lame sungguh xupdate blog nie.da berhabuk sgt da nie *puhh...puhhh*
hmm..xde motip sebenarnya nie.saje nk usha blog sndiri..hehe*perasan*
tadi ada sahabat saya mengirim satu *boleh dikatakan teguran tuk kita semua*
sgt tertarik n tersentuh hati..
jadi,,xseronok la plak kalo x share ngn sape2 kan..
kata org ilmu akan berkurang bila tidak dikongsi tetapi akan bertambah dan terus bertambah bila dikongsi...
jadi,ape lg..haa...ni la ilmu yang diberikan oleh sahabat saya,Wan Roihanah
"Bacelh shbtku...xambik mse lme sgt pn...hiburan kte blh tgk b'jam2..apath lg sdikit ilmu ini..Mari kita m'cari pahala d dlm wdhuk..
Duhai shbt yg ku kasihi krn ALLAH..amalkn lah..

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku
ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar
dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul
Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..share laa kpd rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.

Wasallam."
semoga kalian dan saya selalu mengamalkannya.xsusah pun.kita jugak yang dapat pahala kalo amalkannya kan.ajarkan sekali kat adik2 atau sanak saudara.xrugi kalo kita berkongsi ilmu..sekian~

No comments:

Post a Comment